Kelas Asas Multimedia (Microsoft PowerPoint)

10 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Ogos 2020, Ahad, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Multimedia (Microsoft PowerPoint) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan seorang perempuan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi pengenalan kepada Hari Kemerdekaan, taklimat ringkas tentang sejarah kemerdekaan. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan membuat poster bertemakan Hari kemerdekaan dengan menggunakan Microsoft Powerpoint.

Diharap dengan adanya kelas ini, para peserta lebih memahami tentang Hari Kemerdekaan dan latihan menggunakan Powerpoint dalam menghasilkan poster. Semoga pembelajaran ini dapat memberi manfaat kepada peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali